Starlight

Ultimate Proprietor





Assalammualaikum and welcome to my blog.Sedikit sebanyak harap perkongsian yang disampaikan dapat memberi manfaat.Blog ini bukan pengkosian pengalaman suka dan duka semata2 malah admin akan menyampai sedikit sebanyak ilmu yang ada demi kebaikan bersama.:)

Singgah Jom



Hearts.


Credits


Basecode by: Mrs AF
Template by :
Ihza
Re
Some coding from :
Fatin Hazwani
Other :
Aishah

All rights reserved ® Your Name 2011 - 2012


Cerpen-Cinta semasa bahtera pernikahan


Tuesday, December 10, 2013 8:11 AM 0 Atashinci(s)



Perempuan itu terkadang mengangguk-angguk kecil sambil tersenyum manis. Entah apa yang dibualkannya. Faris masih menunduk, tekun bermain dengan telefon bimbitnya. Hanya kadang-kadang saja dia mengangkat mukanya apabila ketawa meletus di ruang tamu rumah dua tingkat keluarganya. Kalau bukan sebab hari ini hari Raya, tak mungkin Faris terperap di ruang tamu bersama tetamu-tetamu yang datang. Lebih baik dia keluar atau menonton televisyen di tingkat atas.

“Tengoklah, budak zaman sekarang… Tak lekang dengan handphone dia aje.” Omel Puan Mazni sambil memuncungkan bibir ke anak sulungnya, Faris.

Faris mengangkat muka dan melemparkan senyuman. Diraup rambutnya yang jatuh ke dahi ke belakang.

Fareha menelan air liur. Mak aii.. kacaknya. Penuh kelakian. Eh eh, gatalnye aku. Fareha terkekeh sendirian. Memang lelaki di hujung sofa itu kacak. Tapi langsung tak menepati citarasa Fareha. Fareha tak tahu apa ciri-ciri yang dia mahukan tapi dia tahu ciri-ciri yang dia tak mahu. Salah satunya, dia tak minat pada lelaki yang ada ‘chinese look’. Jadi, Faris, anak rakan lama abahnya itu, tak menarik perhatiannya.

Fareha sendiri bukanlah di kalangan gadis-gadis yang terlalu pandai bergaya atau cantik. Biasa-biasa saja. Cukup pemakaiannya ringkas dan kemas, tidak selekeh. Selama ini pun, kalau ada lelaki yang terpikat dengan dirinya pun, terang-terang mereka katakan, mereka terpikat dengan pembawaan diri Fareha yang serba-serbi.

“Fareha, tak ada ke orang sana yang nakkan kamu? Takkanlah, 7 tahun kat sana..” Tanya Puan Mazni, mematikan lamunan Fareha.

“Tak adalah aunty.. Lagipun, Reha taknak lah orang sana!” Encik Shahir, papa Faris mengerut dahi.

“Lah, kenapa pulak? Orang Melayu kita terkinja-kinja nak orang putih, kamu tak nak pulak?”

“Ish Uncle ni. Ni.. Ni.. Cuba tengok muka mak ngan abah ni ha.. Tengok tu..” Puan Mazni dan Encik Shahir menoleh ke arah Puan Zaitun dan Encik Arif, “kan dah pucat tu… Takut lerr tu, anak dara dia kahwin orang sana. Tak balik-balik Malaysia la jawabnya.. Kikikiki..”

Meletus ketawa mereka di ruang tamu tersebut. Faris yang sedari tadi tak menumpukan perhatian pada perbualan orang tuanya merasa tertanggu. Pandangannya beralih ke gadis bertudung biru yang sedang tersengih-sengih. Kemudian kembali menatap telefon bimbitnya untuk menjawab SMS rakannya, Luqman.

‘Cantik tak anak kawan papa kau?’

Faris menyentuh-nyentuh papan kekunci virtual di telefon bimbitnya, ‘Biasa je. Receptionist kita lagi pandai melawa.’ dan menekan anak panah, hantar.

***

“Kau ingat umur kau tu muda lagi ke? Tahun depan dah nak masuk 30 tahun, Faris !” Suara Puan Mazni makin meninggi apabila Faris diam membatu.

“Faris, kau dengar tak apa mama cakap ni?” Puan Mazni mengurut dadanya. Encik Shahir mengusap-ngusap belakang badan Puan Mazni untuk menenangkannya.

“Ma.. Faris ni lelaki. Tak apa pun kahwin lambat.” Faris akhirnya membalas.

Tapi itu perbualan 6 bulan yang lalu. Selepas kejadian itu, Puan Mazni tak lagi membangkitkan hal perkahwinan di hadapannya. Faris tahu Puan Mazni terasa hati. Faris juga tahu, Puan Mazni bukan seorang ibu yang akan memaksanya, lagi-lagi Faris sudah hampir 30 tahun. Sepatutnya sudah pandai berfikir yang mana baik dan yang mana buruk. Tapi, hati Faris jadi lembut apabila menatap mata sayu Puan Mazni ketika mendukung anak-anak kecil rakan-rakannya yang bertandang ke rumah.

Dan malam ini, Faris masih sedang berkira-kira, menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal di hadapan bilik pengantin. Dia tahu Fareha sedang menunggunya di dalam. Dalam banyak-banyak gadis, Faris memang sudah dapat mengagak yang mamanya memang berkenan dengan Fareha.

Salim, abang ipar Fareha mencuit bahu Faris, “Ni terpinga-pinga kat depan ni kenapa? Masuklah. Tuan puteri menunggu di dalam. Hehehe. “

Faris tersenyum-senyum.

“Rilek ja bro. Abang Salim dulu pun macam ni masa kahwin dengan kakak Fareha. Baca bismillah ya.” Kata Salim sambil menepuk-nepuk bahunya.

Faris menolak perlahan pintu yang tidak tertutup rapat itu. Fareha sedang duduk di hujung katil. Tangannya sibuk menyentuh-nyentuh telefon bimbitnya, membalas ucapan-ucapan tahniah dari kenalan-kenalannya.

Fareha mendongak ketika melihat Faris melangkah masuk. Dingin je muka tu.. Fikir Fareha.

“Err..” Faris kelu. Dia kaget melihat Fareha tak bertudung. Rambutnya lurus, melepasi bahu, dibiar lepas. Kemas. Memang nampak Fareha menyisir rambutnya biar rapi. Fareha melemparkan senyuman. Senyumannya biasa saja, bukan untuk menggoda, tapi lebih kepada senyuman perkenalan. Faris menarik nafas lega. Senyuman itu membuat dirinya lega serta-merta.

“Nah, Reha dah sediakan tuala. Err.. Faris.. Err.. abang.. Err.. awak mandi dulu ye. Nak pakai baju apa, tidur? Reha tak berani pula nak sentuh beg awak, takde izin.” Kata Reha sambil menuding ke arah beg Faris di tepi katil.

“Tak payah susahlah. Aku buat sendiri!” balas Faris, kasar.

Fareha terkejut. Amboi, kasarnya mamat ni! Tak sesuai langsung dengan muka hensem. Fareha mencebik. Tak pernah lagi dia menghadapi orang kasar macam tu.

Faris mengetuk kepalanya sendiri ketika berjalan ke bilik mandi. Apasal lah aku kasar sangat tadi? Perasaan kecewa dan marahnya terbawa-bawa.

Seusai mandi, Faris keluar berkain pelikat dan berbaju t-shirt. Dia melabuhkan punggungnya di katil. Fareha kini sedang menatap laptop Mac-nya pula. Faris membuat muka. Eleh, nak tunjuk dia ada Mac lah tu.

“Aku nak cakap sikit.” Faris menegur Fareha. Fareha melipat laptopnya dan memandang Faris.

“Kita tau kan, kita kahwin ni sebab parents kita yang susun.” Faris memulakan bicaranya. Fareha mengangguk kecil. “Aku cuma nak bagitau kau awal-awal, aku sikit pun takde perasaan dengan kau. Jadinya.. malam ni..” Faris teragak-agak sebelum menyambung, “malam ni, kau jangan harap apa-apa pulak. Faham tak?” kata Faris.

Dada Fareha berombak, menahan sabar. Wah wah wah laki ni. Dia ingat aku nak sangat ke? Fareha mengetap bibirnya.

“Lepas tu, aku harap kau jangan nak menyusahkan aku. Perempuan macam kau ni, aku tahulah, suka nak mempergunakan lelaki. Eh kau kerja ke? Ada income ke?”

Kali ini Fareha tak dapat lagi nak menahan sabar. “Reha cakap pulak, boleh?” Faris mengangkat tangannya tanda ‘mempersilakan’.

“Ingatkan dalam novel je ada watak lelaki cold. Rupanya realiti pun ada.” Sindir Fareha.

“Kau nak cakap apa sebenarnya??” Balas Faris. Matanya menjeling hina pada Fareha.

“Reha nak cakap, awak tolong ya.. Tolong jangan pandang hina sangat dengan Reha ya. Faham, tak ada perasaan, tapi boleh tolong respect kan. Oleh sebab awak dah macam arrogant, biar saya arrogant jugak ya. Antara Reha dan awak, kita tak ada beza darjat. You and me, we are both Master Degree’s holder. Kalau nak ikut kelulusan, I might be superior than you. Sebab Reha study luar negara. Tapi sebab awak dah tua dan dah kerja lama, Reha baru fresh grad dan baru mula kerja, so kita equal.” Kata Reha panjang lebar. Nadanya tidak tinggi, lembut tapi ketegasannya jelas. Setiap perkataannya jelas dan ditutur satu persatu, tidak gopoh.

Hati Faris bergetar. Dia sangka Fareha seperti gadis-gadis di pejabatnya, ditegur sikit; mencicit diam seperti tikus. Tapi dia tak mahu kalah. “But you are the wife. And I am the husband.”

Fareha senyum menyindir. Sangkanya di negara orang putih tempat dia belajar saja ada orang yang memandang darjat isteri itu rendah. Fareha sudah terlalu biasa dengan situasi direndah-rendah begitu. “What do you mean, Encik Faris? Are you suggesting, title Reha sebagai seorang isteri lebih rendah dari suami? Well, keep thinking that way, Reha tak kisah. Awak fikir, depan mata Allah, darjat kami ni rendah ke?”

Faris terdiam. Kehabisan kata-kata bila hujah Reha melibatkan tuhan.

“Last message ya, awak.. Awak nak benci ke nak kasar ke dengan Reha.. Do I look like I care? Yang Reha tahu, as long as I am your wife, Reha hanya nak menjalankan tanggungjawab sebagai isteri.” Reha menghabiskan kata-katanya dengan senyuman sinis lalu merebahkan badannya.

“Reha nak tidur. Nanti awak tutup lampu ya. Assalammualaikum.” Reha memejam matanya.

Tuhan saja tahu bagaimana hatinya kecewa apabila hari pertama bergelar isteri dilalui dengan dingin. Padahal, telah terlalu lama dia bercita-cita mahu menjadi isteri solehah. Menanam harapan membina keluarga bahagia. Faris tak fikir panjang ke ? Ceteknya fikiran. Kenapa mulakan hari pertama macam ni? Dia tak ada usaha ke nak sama-sama bina keluarga? Aku bukan kahwin untuk beberapa bulan, tapi sampai ke akhir hayat. Ah! Umur dah nak 30 tahun tapi macam budak-budak! Reha memejam matanya lebih kejap. Hatinya dikuatkan, takpe Reha! Kau bukan perempuan lemah! You can do it!

Lampu dipadamkan.

***

Hari-hari berlalu dingin. Faris dan Fareha telah pun mula bekerja. Walaupun Faris dingin pada Fareha, Fareha masih tetap menjalankan tugasnya sebagai isteri. Tak ada satu pun kerja rumah ditangguh. Baju dibasuh setiap hari, disidai kemas di ampaian, diseterika licin baju kerjanya dan Faris, digantung baik di dalam almari, disapu bersih rumahnya. Setiap malam, Fareha tetap memasak walaupun dia juga penat bekerja di sebuah syarikat antarabangsa pembinaan. Sebenarnya dia pernah menjalani latihan praktikal di syarikat itu di ibu pejabatnya di German. Rezekinya murah apabila syarikat itu menawarkan pekerjaannya di cawangan Kuala Lumpur. Pada mulanya Faris enggan makan masakan Fareha.

“Tak nak makan sudah. Nak tunjuk ego sangat. Nanti lapar, biar padan muka dia.” Kata Fareha berlalu ke dapur dan terus mencedok nasi ke pinggannya. Selesai makan dia membawa pinggannya ke sinki untuk dibasuh. Pada waktu itu, Faris masuk ke dapur. Perutnya sebenarnya lapar. Fareha tersenyum. Alaa.. kesiannya laki aku ni.. Fareha tak jadi hendak menyindirnya lagi.

“Nak makan dah? Reha cedokkan nasi ya..” Fareha bergegas memegang senduk tapi dirampas kasar oleh Faris.

“Aku cedok sendiri lah!” Faris mendengus kasar. Fareha memuncungkan bibirnya. Perlahan tangannya memegang tangan Faris. Faris kaku. Dia nak buat apa ni kat aku?

“Awak.. Reha kata, biar Reha cedokkan nasi kan..” lembut tapi Faris dapat menangkap bunyi ancaman di situ. Faris mengalah dan duduk sambil menanti Fareha menghabiskan kerjanya.

Kemudian, Fareha duduk di sebelah Faris sambil bertanya lauk apa yang diingininya.

“Hah, dahlah. Aku tahula makan sendiri. Kau pergilah sana, pegi basuh pinggan tu. Kau dah habis makan kan tadi.” Kata Faris.

Fareha senyum. “Reha teman awak makan. Orang kata, isteri yang baik kena teman suaminya makan. Kalau tak, suami dia rasa sunyi, lepas tu syaitan pun bisik kat suami tu tambah lagi sorang.” Faris tersenyum kecil.

“Takut ke aku tambah lagi sorang?” Tanya Faris.

“Hish..! Baru kahwin dah nak tambah lagi sorang ke??” Fareha memuncungkan bibirnya lagi.

“Aku sangkut hanger jugak kat bibir tu nanti!” Tegur Faris.

Fareha mengetap bibirnya. Kemudian, dia mula bercerita yang entah apa-apa dengan Faris. Faris memandang Fareha yang asyik bercerita. Banyak cakapnya, Iron Lady ni. Fikirnya.

Tiba-tiba, diam. Fareha sudah habis bercerita. Diperhatinya Faris menyuap makanan. Matanya meneliti sepasang mata kecil milik Faris, kemudian jatuh ke hidung lalu ke bibir milik Faris.

“Emmm.. kacaknya awak..” kata Fareha sambil menongkat dagunya. Ala-ala orang sedang angau. Faris tersedak.

“Gatalnya kau ni! Dahlah! Aku dah habis makan ni!” Fareha ketawa.

“Hek eleh, puji suami pun salah.” Kata Fareha. Dia bingkas bangun dan mengambil pinggan Faris dan dibawa ke sinki. Faris membasuh tangannya dan terus beredar.

‘Kacak.. Kacak.. Kacak.. Ahh!’ hati kecil Faris membara.

Begitulah setiap malam, walaupun kadang-kadang diherdik, Fareha tetap menemani Faris di meja makan dan berceloteh yang apa-apa. Ada juga hari-hari, Fareha cuma diam kalau dia betul-betul keletihan. Kalau hari mood Faris baik, ada juga dia membalas cerita-cerita Fareha. Tapi Faris masih lagi dingin.

“Kau ok ke Fareha macam ni selalu?” Syika rakannya sejak dari zaman sekolah menengah bertanya kepadanya pada satu hari ketika mereka sedang makan tengahari. Fareha senyum pahit.

“Emm.. nak buat macam mana..Dia tetap suami aku.” balas Fareha.

“Sampai bila kau nak tak bahagia macam ni?”

Fareha senyum. “Syika.. Dulu.. Shafiq pernah pesan kat aku, bahagia tu bukan pasangan kita yang beri. Tapi hati kita yang pilih untuk jadi bahagia.”

Syika tersentak. “Kau masih ingat dengan Shafiq?”

Fareha mengangguk. “Kadang-kadang.”

“Emm.. macam manalah kau boleh tahan Fareha.. Kalau aku… Hai…Dia kasar-kasar, aku lawan punya.” kata Syika.

“Mak aku ajar, kalau api jangan dibalas api. Peduli apa aku dia kasar-kasar macam tu. Aku buat hal aku je lah. Sebagai isteri!” jawab Fareha.

“Ohhh… sebagai isteri.. Tu yang beli baju tidur seksi tadi tu… Wakakaka.” usik Syika.

Fareha mencubit lengan Syika. “Bongok! Macam mana kau boleh nampak tadi!!”

“Wakakaka!” Syika ketawa berdekah-dekah, mengilai-ngilai melihat wajah Fareha yang semakin merona merah.

***

Jam keretanya telah menunjukkan jam 845 malam. Faris masih di stereng keretanya. Perjalanan pulangnya masih lagi jauh. Dia tersekat pula dengan kesesakan jalanraya. Dia teringatkan Fareha. Alamak.. malam ni, siapa nak teman dia borak-borak..

Cepat-cepat dia menghantar SMS kepada Fareha.

‘Aku balik lambat. Tengah jam ni. Tak payah tunggu aku.’

Fareha menekan punat ‘Read’ di telefonnya. Dia mengeluh kecil. Alaaaa.. Sia-sia dia pakai baju tidur yang baru dibelinya petang tadi. Fareha duduk di hujung katil. Sudah hampir 2 bulan mereka bergelar suami isteri, tapi Faris tak pernah menunjukkan tanda-tanda dia ingin menyentuh Fareha.

Fareha bangun dan menuju ke meja cermin. Ditatap wajahnya dalam-dalam. Dia tahu dia tak memiliki rupa paras yang begitu cantik. Wajahnya biasa-biasa saja. Mungkin sebab itu Faris tak ada nafsu melihat dirinya? Tiba-tiba, air matanya bertakung. Fikirannya melayang kepada Shafiq beberapa tahun yang lalu..

‘Reha ni tak cantik.. Kawan-kawan abang lagi banyak yang cantik.. Lepas tu, solehah-solehah pulak tu..” Kata Fareha perlahan. Dia betul-betul merasa rendah diri di hadapan lelaki itu. Lelaki yang membuatkan dirinya merindu-rindu.

‘Reha.. dah berapa kali Reha cakap macam ni.. Kan abang dah kata, kalau abang suka Reha tu, mestilah ada sebabnya.. Bukan sebab paras rupa..” Balas Shafiq di hujung corong telefon. Sudah puas Shafiq memujuk Fareha hingga kadang-kadang dirasakannya Fareha sengaja menggunakan sikap rendah dirinya itu untuk mengelak keluarganya menghantar rombongan meminang.

‘Reha..’ Panggil Shafiq.

‘Ya..?’

‘Cepatlah sikit balik sini.. Abang tak sabar ni nak masuk meminang.’ Kata Shafiq. Fareha tersenyum malu di balik telefon.

‘Nak balik lah ni..! Sikit je lagi nak habis.. Setahun je lagi..’ pujuk Fareha pula.

‘Ok… abang tunggu… Tapi janji, janganlah cakap macam tu lagi. Pasal cantik-cantik ni. Boleh?’ Tanya Shafiq.

‘Iya..’ balas Fareha, lembut.

Kenangan itu bermain di fikiran Fareha. Mencurah-curah air matanya malam itu. Letih menangis, Fareha terus merebahkan dirinya di katil tanpa sempat menukar baju tidurnya.

Faris menjenguk di dapur. Terhidang di meja sambal tumis udang semalam. Fareha memang tidak suka membazir. Selain itu, ada juga lauk baru, sotong masak kunyit dan sayur campur. Ringkas tapi sudah cukup mewah hanya untuk dua orang makan. Tapi Faris tidak terlalu lapar. Lantas, dia masuk ke bilik untuk menyalin pakaian dahulu.

‘Eh, apasal tak tutup lampu plak minah ni nak tidur?’ Tanya Faris sendiri.

Ketika Faris melangkah masuk, Faris menahan nafasnya. Dadanya bergelora melihat Fareha terlelap di dalam baju tidur yang begitu seksi. Baju tidur berenda putih itu tidak berlengan dan hanya berparas peha. Potongan dadanya juga agak luas hingga bahagian dada Fareha terdedah apatah lagi dengan posisinya yang mengiring begitu. Tubuh badan Fareha yang sedang-sedang, tidak berapa kurus atau gemuk, malam itu kelihatan montok sekali menyebabkan dada Faris bergetar hebat! Tapi kenapa wajah itu nampak letih?

Faris mengurut-ngurut tengkuknya, ingin meredakan getaran yang menggila di dadanya. Masalah lagi! Faris mesti mengalihkan tubuh Fareha kerana Fareha terlelap melintangi katil mereka.

Faris mendekati Fareha. Dia dapat mendengar hembusan halus nafas Fareha dengan di wajahnya. Di teliti wajah isterinya itu. Memang wajahnya biasa-biasa saja, tapi kalau setiap hari melihat, ada kemanisan di balik wajah itu. Lagi-lagi wajah itu sudah semakin sebati dalam kehidupannya. Faris teragak-agak, tapi akhirnya dia memberanikan diri mengelus perlahan rambut Fareha. Kemudian, mengelus pipi gebu Fareha pula. Fareha yang masih tidur, merengek perlahan ketika disentuh Faris menyebabkan Faris semakin bernafsu terhadap isterinya.

‘Ah macam mana ni..’ getus Faris. Hendak tak hendak, Faris mengangkat tubuh Fareha dan meletakkan Fareha pada posisi katil yang biasa. Fareha hanya meliuk-liuk tapi masih tetap tidur. Hishh.. Tidur mati punya perempuan! Faris mengetap bibir. Dalam diam-diam, sebenarnya dia mengharap Fareha terjaga.

Cepat-cepat Faris menjauhkan dirinya dan berpaling untuk meredakan gelora hatinya. Tetapi sebentar saja kerana dia berpaling semula kepada Fareha dan mengucup perlahan bibir isterinya.

‘Shit man! Apa aku buat ni!’ Faris menampar pipinya sendiri dan terus ke kamar mandi. Lepas mandi ni aku nak makanlah.. getus hatinya. Tiba-tiba terasa lapar pula!

Keesokan paginya, Faris tersenyum-senyum ketika memandang Fareha. Fareha buat-buat tak tahu. Hishh orang tua ni.. Dahlah balik lambat semalam. Pagi ni ada hati plak nak buat aku malu. Podah! Dia ingat aku tak daring ke?

“Reha, semalam kan..” Faris mula mengusik.

“Semalam apa?” Tanya Fareha, selamba. Macamlah aku tak tahu apa kau nak cakap.

“Ada orang tu.. Dia tunggu-tunggu, tapi putera dia tak datang.. kekeke. Kesian..” Faris ketawa besar. Sedapnya aku mengacau minah ni. Padahal semalam, nak tumpas jugaklah aku ni!

“Hek eleh. So?” Tanya Fareha.

“Seksi gila kau semalam. Untuk aku ek?” usik Faris lagi sambil tangannya ligat memakai stoking. Memang kebiasaannya Faris akan keluar rumah dahulu daripada Fareha memandangkan tempat kerja Fareha lebih dekat dengan rumah mereka.

“Orang nak bagi kurang dosa dia.. Ingat sikit, at least Reha usaha tau! Nak penuhi tanggungjawab batin!” Faris ketawa mengekeh lagi. Dia bangun dan hendak keluar dari pintu sebelum Fareha tiba-tiba memanggilnya.

“Awak..!”

“Apa?” Faris memusing badannya menghadap Fareha.

“Sekejap..” Fareha mendekatkan dirinya kepada Faris. Dia membetulkan tali leher Faris yang sebenarnya tak ada apa masalah pun. Tangannya menjalar di dada Faris. Kemudian, dia mengelus pipi dan telinga Faris sambil berkata dengan nada menggoda, “Emm.. hensemnya suami Reha ni…”

Fareha mendongak dan cuba mendekatkan bibirnya ke bibir Faris. Dada Faris turun naik. Ahh, pagi-pagi ni dia nak goda aku pulak dah! Sebelah tangan Fareha membelai-belai belakang telinga Faris dan sebelah lagi merayap ke pinggul suaminya itu. Tubuhnya sentiasa diliuk-liukkan. Faris hanya berdiri kaku. Sedikit lagi bibir mereka akan bercantum, tapi tiba-tiba Fareha menarik dirinya menjauhi suaminya. Faris terpana, tersentap.

Fareha ketawa terkekeh-kekeh. Cubaan menggodanya menjadi!

“Hah, padan muka! Usik Reha lagi. Hahaha. Dah lah pergi, kerja! Reha nak siap pulak.” kata Fareha dan berlalu pergi.

Faris mengepal tangannya. Tak guna punya minah! Faris merengus kasar dan tergopoh-gopoh keluar hingga hampir terjatuh, tersadung selipar jepun di muka pintu rumah. Fareha ketawa dengan lebih kuat lagi sambil memerhatikan kereta Faris meluncur pergi.

***

“Awak.. Boleh lah.. Teman Reha…!” Rayu Fareha pagi Ahad itu. Faris yang sedang bermalas-malasan di ruang tamu, merengus.

“Malaslah! Pergi la sendiri.” Kata Faris.

“Alaaa! Awak bukannya buat apa-apa pun harini! Takkan nak duduk terperap je hari minggu macam ni. At least, bolehlah jalan-jalan! Jomla….” Pujuk Fareha lagi. Hari itu, Fareha dijemput Syika dan suaminya sempena mereka baru berpindah ke rumah baru. Dari pagi lagi, Fareha sudah sibuk di dapur membuat agar-agar untuk dibawa nanti.

Faris hanya membantu. Tidak mengendahkan Fareha.

“Ish! Tak nak pergi dah lah!” kata Fareha berputus asa. Faris tersenyum mengejek. Tahu pun nak putus asa. Kacau daun aja!

Fareha bersiap-siap mengenakan skirt panjang berwarna merah muda. Blaus putih berbunga-bunga kecil disemat rapi ke pinggangnya. Fareha mengenakan tudung rona merah lembut, padan dengan warna skirt labuhnya itu. Dia menyarung kasut flat berwarna coklat. Ringkas tapi tampak bergaya dan elegan. Sesuai dengan perwatakan Fareha. Faris terpegun sebentar melihat Fareha. Kenapa hari ini nampak cun pulak minah ni? Capat-cepat dia bangun dan menyarung kasutnya. Dia hanya berseluar jean dan berkemeja biru muda.

“Eh, nak pergi mana plak awak ni?” Tanya Reha bingung.

“Tadi suruh teman?” kata Faris.

“Hishhh.. Tadi kata tak nak pergi! Saja je nak melawan cakap Reha kan tadi?” Fareha merungut. Tapi kemudian menuntunkan senyuman paling manis buat suaminya. Entah kenapa sejak akhir-akhir ni, Fareha semakin kerap ingin menggoda suaminya sendiri.

Faris bergerak menuju ke tempat duduk pemandu di kereta Vios milik Fareha.

“Hah nak pergi mana tu? Nak bawak kereta ke? Tahu ke jalan? Dah dah. Reha yang bawak kereta.” Fareha menolak Faris ke tempat duduk di sebelahnya.

Setelah 20 minit berlalu, Faris menggaru kepalanya. Kenapa isterinya memandu ke pantai pula?

“Apsal pegi sini plak? Kata nak pergi rumah Syika. Kau ni nak tipu aku ek?” Tanya Faris.

“Awak ni mulut tu jaga sikit boleh tak? Awaklah! Tadi kata tak nak pergi. Reha saja lah siap awal. Nak pergi jalan-jalan pantai dulu. Kita awal lagi ni. Pukul 1 baru mula. Jomlah turun.” Kata Fareha dan terus membuka pintu kereta.

“Apa kejadahlah pergi pantai tengahari-tengahari buta ni. Panas tau tak?” rungut Faris. Tapi kakinya tetap melangkah keluar dan membontoti isterinya. Ada je laa minah ni!

“Aduhai, putera lilin rupanya suami aku ni.” Kata Fareha sambil menekan punat kunci.

Entah kenapa, satu perasaan aman meresap masuk pada diri Faris apabila Fareha menyebut ‘suami aku’. Hatinya terasa senang sekali. Tak semena-mena, tangannya dicekup Fareha. Jari-jemari Fareha menyusupi celahan jari Faris. Hati Faris bergetar.

“Kita tak pernah jalan-jalan macam ni kan.. Ni baru pertama kali..” bisik Fareha perlahan. Ada kesayuan di balik kata-katanya. Faris hanya mendiamkan diri. Dibiarkan jari-jemari Fareha yang halus itu mengenggam erat tangannya.

Mereka berjalan di tepi pantai. Fareha terkejut melihat suaminya tidak melawan pun apabila dia memaut erat lengannya. Tapi hati Fareha berbunga-bunga riang. Adakah dia sudah betul-betul jatuh cinta pada Faris?

Fareha perasan, ada saja mata-mata yang memandang dirinya dan Faris. Mungkin mereka semua berfikir, macam mana gadis biasa sepertinya boleh berdampingan dengan orang sekacak itu? Ish, ni la masalahnya bila nilai kekacakan itu di’standardize’kan. Asal ‘chinese look’ saja, hensem! Fareha sebenarnya sedikit jauh hati. Macam saja dia begitu tak layak berjalan dengan lelaki kacak. Tapi cepat-cepat dia membuang perasaan rendah diri itu. Dia masih ingat pesanan Shafiq.

“Eeee.. seronoknya! Dapat jalan dengan orang hensem macam awak! Bangganya Reha.. Tengok orang-orang tadi. Semua jeles tengok Reha, kan?” kata Fareha, buat-buat ceria demi membuang perasaannya tadi.

Sebaik mendengar kata-kata Fareha itu, Faris seperti baru tersedar dari lamunannya. Dia merenggut kasar tangannya. Fareha terkejut melihat sikap Faris. Kenapa tiba-tiba?

“Kenapa awak ni??” Tanya Fareha.

“Dahlah! Cepat! Pergi rumah Syika. Lepas tu kita balik! Menyesal pulak aku nak temankan kau tadi!” kata Faris kasar. Fareha terpinga-pinga melihat perubahan kelakuan Faris itu. Ada dwi-personaliti ke laki ni?

Fareha segera mengejar Faris yang sudah laju menuju ke parkir kereta. Niat untuk berlama-lama di pantai bersama Faris terbantut di situ saja. Fareha meneruskan pemanduannya. Faris masih membatu. Entah apa yang difikirkannya.

“Awak.. Kalau Reha salah cakap apa-apa tadi.. Reha minta maaf ya?”

Faris membuang pandangan ke luar. Tak mahu mendengar suara Fareha. Dikerling isterinya yang memandu dari hujung matanya. Kelihatan jelas wajah Fareha yang ikhlas memohon maaf. Entah kenapa, sejak kebelakangan ini, hatinya mudah lembut melihat Fareha. Fareha tak pernah menangis atau bermasam muka setiap kali Faris mengherdiknya. Paling-paling pun, hanya muncung itik yang dipamerkan. Itu pun tak lebih 10 saat. Mungkin pilihan mamanya ini memang tepat. Fareha mungkin betul-betul ditakdirkan untuk menjadi pendamping hidupnya yang setia. Tapi bolehkah dia menaruh kepercayaan kepada perempuan itu? Walaupun dia belum lagi menyentuh perempuan itu, hatinya seperti sudah jatuh sayang pada perempuan itu. Perwatakannya yang bersahaja, ceria dan kuat itu buat hatinya sentiasa bangga memilikinya sebagai isteri.

“Kita dah sampai..” kata Fareha.

Syika dan Razlan keluar menyambut rakan baiknya itu. Gembira bukan kepalang Syika melihat Faris juga turut ada. Akhirnya, dia bertemu lagi dengan lelaki yang menyeksa hidup rakannya itu. Dia menjeling sedikit Faris. Segera Razlan mencuit bahunya, memberi amaran.

Faris hanya duduk diam bersila di satu sudut rumah baru Syika. Ada juga Razlan berbual-bual dengannya tapi Razlan sibuk melayan tetamu. Fareha dan Syika pula duduk bertentangan dengan Faris sambil galak bercerita dan bermain-main dengan anak-anak rakan mereka.

Tiba-tiba, salah seorang bayi yang baru pandai merangkak menuju ke arah Faris. Faris menggelabah. Alamak, baby comel ni datang kat aku plak.

“Suami kau hensem sangat Reha, sampai anak aku pun nak ke dia!” Kata Atikah kuat menyebabkan mereka semua tertawa. Fareha sebenarnya gusar. Mengenali Faris yang dingin itu, takut pula diapa-apakan bayi kecil itu. Fareha memerhatikan Faris. Faris memandang Fareha, matanya seolah-olah memohon pertolongan. Hahaha, gelabah rupanya mamat ni!

Segera Fareha mendekati mereka dan meriba bayi kecil itu. Fareha kembali ke tempat duduknya. Diletak semula bayi itu di lantai. Sekali lagi bayi itu merangkak, kali ini lebih laju, ke arah Faris. Fareha membontoti bayi kecil itu dan duduk berhadapan dengan Faris. Bayi itu merenung Faris dan ketawa kecil.

“Alaaa.. comelnya.. Dia ketawa tengok awak..!” kata Fareha, tersenyum gembira. “Nak Uncle Faris angkat ya…” kata Fareha sambil menepuk lembut punggung comel bayi itu.

“Angkatlah, awak..” kata Fareha memandang Faris.

“Tak reti..” kata Faris..

“Boleh..” kata Fareha lembut, memberi keyakinan. Faris pun mendepakan tangannya ke bayi itu. Bayi itu tergelak-gelak keterujaan lagi. Terus dia mendukung bayi itu dan mencubit pipi bayi Atikah itu.

Fareha tiba-tiba merasa bangga melihat Faris. Hatinya berdebar-debar. Air matanya seperti mahu tumpah. Terlalu sebak melihat Faris dan bayi itu. Seolah-olah, bayi itu milik mereka. Dan kali ini, Fareha yakin, yakin seyakinnya bahawa hatinya cuma ada Faris dan semahu-mahunya dia inginkan zuriat dari benihnya Faris.

“Nah, pass kat Reha balik.” Fareha menyambut bayi itu. Eh, betul ke Faris memanggilnya Reha tadi? Bukan kau kau lagi?

Fareha membawa bayi Atikah itu ke tempat duduknya semula dan bermain-main dengan bayi itu. Faris hanya memerhatikan gelagat Fareha. Terserlah sifat keibuan yang ada pada diri Fareha. Ralit dia memerhatikan isterinya. Diam-diam, dia berjanji pada dirinya bahawa dia perlu tunaikan kewajipan dia pada Fareha.

Malam itu, Faris yang memandu pulang. Masing-masing membisu. Mungkin terlalu letih. Tiba-tiba Fareha memecahkan kesunyian.

“Reha ada benda nak cakap..” kata Fareha.

“Apa dia?” Tanya Faris.

“Emm, Reha ada berita baik untuk awak. Awak mesti suka punya berita ni.” Tebak Fareha. Kemudian Fareha menyambung, “Hari Jumaat haritu, Reha dah dapat notis dari bos.. Reha.. Reha dah kena mula kerja dekat site dah..”

Faris tekun mendengar. “Bila? Kat mana? So?” kata Faris. Fareha mengeluh kecil. Tak habis-habis dingin dia ni.

“Lagi 2 minggu kena bertolak.. Site tu, construction site nak bina airport. Dekat.. dekat Kemboja!” Faris tersentak. Disangkanya tapak dekat-dekat sini saja. Fareha menyambung lagi, “so, Reha kena pergi sanalah. Awak sukalah, sebab nanti Reha dah tak kacau awak lagi dah.”

“Berapa lama?” Tanya Faris pula. Fareha diam. Faris mengulang soalannya, “Tanya ni, berapa lama?”

“Setahun.”

Kereta yang dipandu Faris sedikit melompat apabila Faris tertekan minyak dengan kuat. Dia terkejut! Setahun? Lamanya! Fareha juga terkejut meihat kereta yang dipandu Faris tiba-tiba terhenjut begitu.

“Hati-hatilah bawak tu! Bahaya tau!” marah Fareha.

Faris membatu. Hatinya tiba-tiba merasa sakit. Fareha akan meninggalkannya? Di saat hatinya mula merasakan sesuatu untuk isterinya itu..

“Awak sedih ke? Takkanlah. Mestilah awak happy kan? Jadi bujang balik. Bebas. Awak kan memang benci Reha.” Kata Fareha.

Faris tiba-tiba memberhentikan keretanya di bahu jalan. Fareha hanya diam melihat aksi menggila Faris itu. Faris memandang tajam ke mata Fareha dan berkata,

“Walaupun saya ni mungkin kasar dengan awak, tak bermakna saya ni suami yang suka-suka nak cari perempuan lain yang tak halal. Awak faham tak?” Fareha diam. Kali ini Fareha memang sudah pasti Faris sudah menukar panggilan daripada aku kau kepada saya awak. Sedikit sebanyak itu melegakan hati Fareha.

Faris meneruskan pemanduannya. “Malam ni, saya nak tunaikan tanggungjawab saya pada awak.”

Dan malam itu, akhirnya pasangan suami isteri itu menunaikan hak batin masing-masing.

***


“Nanti Reha telefon abang hari-hari tau!” kata Fareha mencucuk pipi suaminya yang sedang memandu ke lapangan terbang. Sejak ‘malam pertama’ mereka yang tertunda itu, Fareha mula membahasakan Faris sebagai abang. Walaupun Faris kurang gemar, tapi Fareha berkeras mahu memanggilnya ‘abang’.

‘Sebab dah terbukti abang gagah sangat!’ bisik Fareha pada waktu itu menyebabkan Faris tersipu malu. Tapi dalam hatinya kembang, bangga, apabila kelakiannya diiktiraf.

“Lah, dah pergi Kemboja pun, nak ganggu hidup saya lagi. Ingatkan boleh bebas sikit.” Balas Faris. Fareha menjuih bibirnya. Jauh hati dengan kata-kata Faris. Itu satu lagi masalah! Sejak malam itu juga, Fareha menjadi terlalu manja dengan Faris. Faris yang terperasan isterinya itu sedang merajuk, cepat-cepat memujuk.

“Merajuk plak. Aritu, dia yang cakap camtuh!”

“Dah sampai. Reha turun dulu untuk check-in. Abang pegi cari parking ya.” Kata Fareha.

Di balai berlepas, sudah berkumpul mama dan papa Faris, mak dan abah Fareha serta beberapa rakan-rakan Fareha. Semuanya mahu melihat Fareha berlepas ke Kemboja.

“Ya Allah, Suhaila! Kau pun ada! Dah lama tak jumpa!” Fareha terjerit kecil melihat Suhaila, rakannya yang sudah lama tak berjumpa, tiba-tiba hari itu turut ada di lapangan terbang itu. Semata-mata untuk menghantarnya. Mereka saling berpelukan dan berbual-bual sementara menunggu Fareha untuk masuk.

“Iya, aku kebetulan melawat keluarga mertua aku kat Nilai ni. Itu yang sempat datang pagi ni, nak hantar kau! Itupun Syika yang bagitau.” Jelas Suhaila.

“Makcik sihat? Pakcik? Shahrul? Salina?” Tanya Fareha bertubi-tubi.

“Iya.. Alhamdulillah, kami semua sihat saja..” jawab Suhaila. Fareha memanggil Faris untuk memperkenalkan Suhaila kepada suaminya. Suhaila memandang tajam kepada Faris. Daripada apa yang didengarinya daripada Syika, Suhaila jadi tak puas hati dengan Faris. “Aku minta maaf sangat tak dapat datang majlis korang hari tu.. Aku on-call..”

“Takpelah Suhaila! Oh, Suhaila.. Aku nak pulangkan banyak barang.. Tapi barang-barang tu semua ada kat rumah aku.. Nanti bila-bila, kau datang dengan suami kau ambil barang-barang tu boleh? Nanti aku cakap dekat Faris untuk pass kan.” Kata Fareha.

“Barang-barang berkaitan dengan……” duga Suhaila. Fareha mengangguk. “Ok, Reha.. Insyaallah..”

Panggilan pesawat untuk ke Kemboja diumumkan. Fareha segera menjinjit beg galasnya. Dipeluk rakan-rakannya, ahli keluarganya yang lain, anak-anak saudaranya, dicium tangan mak dan abahnya dan mertuanya. Kemudian, mereka meninggalkan Faris berdua bersama Fareha. Fareha mencium tangan suaminya itu. Lama.

“Fareha minta ampun, abang.. Fareha tak sempurna tunaikan tanggungjawab pada abang.. Lepas tu, ni nak pergi jauh pulak..” Faris hanya mendengar kata-kata Fareha. Allah.. Reha.. Reha.. Reha buat saya sedih ni..

Faris memegang ubun-ubun Fareha dan mendongakkan wajah Fareha ke arahnya. “Telefon saya setiap hari tau? Janji?” Fareha tersenyum dan menangguk laju. “Janji! Abang jangan risau.. Nanti sekali sebulan, Reha balik la sini. Kemboja tak jauh pun..” Fareha memegang wajah suaminya dan dikucup hangat pipi Faris.

“Sukahati je awak ni!” kata Faris.

“Alah, suami Reha ni sampai ke hujung pun nak dingin-dingin!” rungut Fareha. Faris tersenyum kecil. Kemudian Fareha pun melepasi palang berlepas.. Hati Faris seolah-olah tersiat-siat melihat isterinya berlalu.

Seminggu berlalu. Baru sekarang Faris merasa benar-benar kehilangan. Kalau dulu, setiap hari, isterinya akan memasak, menemani dia makan dan bercerita apa sahaja, kini rumahnya terasa sunyi sekali. Tak ada lagi suara isterinya. Setiap malam, Faris akan menunggu di Skype untuk mendengar isterinya berceloteh. Tapi kadang-kadang, sekiranya Fareha letih, Fareha tidak ada di Skype. Maka menanggung rindulah dirinya kepada Fareha. Dan kemudian, keesokan harinya, pasti diherdik Fareha kerana membiarkannya menunggu. Fareha pula, ada hari, dia akan merajuk dan akan terus keluar dari Skype. Malas mahu melayan karenah orang dingin tak tentu hala seperti suaminya. Huh! Dah jauh baru rasa nak rindu! Dulu dekat-dekat, buat kita macam tunggul. Rasakan! Kata Fareha sendirian. Tapi kerana Fareha juga merindui suaminya, rajuknya tak lama. Tapi hairan, antara mereka, masing-masing masih ego untuk mengungkap kata rindu mahupun sayang.

Pada satu hari, Fareha memohon pertolongan daripada Faris untuk mengeluarkan sebuah kotak berwarna ungu dari dalam almari bajunya untuk dipulangkan kepada Suhaila. Katanya Suhaila akan datang ke rumah mereka dengan suaminya hujung minggu itu.

Faris mengeluarkan kotak ungu itu. Kata Fareha, barang-barang itu bukan miliknya lagi. Sempat pula dia berpesan, supaya jangan melihat isi kotak itu. Tapi manusia, semakin ditegah, semakin pula dia ingin melakukannya. Faris merenung kotak ungu itu. Hatinya begitu ingin tahu apa yang terkandung di dalam kotak itu. Faris terfikir-fikir, pecah amanah tak kalau bukak kotak ni? Tapi Reha kata barang ni bukan dia punya lagi. Jadi bolehlah dia buka?

Akhirnya Faris kalah pada sifat ingin tahunya. Tangannya perlahan-lahan membuka kotak ungu itu. Terkejut bukan kepalang apabila melihat ada bunga kering, novel-novel yang masih berkeadaan baik di dalam kotak itu. Dan di setiap novel itu, di muka surat pertamanya, ada kata-kata yang cukup puitis sekali.

‘Semoga buku ini, yang menyentuh hatiku, akan bisa beri getaran yang sama padamu.’

‘Untuk bidadari yang sejak kehadirannya menceriakan hari-hariku.’

Faris menyelongkar lagi kotak itu. Kepalanya pusing. Wajahnya membahang apabila melihat beberapa keping gambar Fareha dan seorang lelaki yang agak tampan, berkulit sawo matang. Di belakang setiap gambar, tertanda ‘Shafiq’.

Dada Faris merasa begitu sakit. Sakit hati yang telah lama tidak dia alami. Rasa itu berulang lagi. Dia memegang dadanya. Hatinya dipenuhi kemarahan yang membuak-buak. Tiba-tiba dia merasa benci yang tersangat kepada Fareha. Kotak ungu itu dicampak jauh. Faris menjerit. Bodoh! Perempuan semua memang sama! Jalang! Penipu!

“Betul ke, ayang, ini rumahnya?” Zaim bertanya pada Suhaila yang sedang mengendong anaknya di sebelah.

“Betul abang.. Ini alamat yang Reha kasi Ila.. Tapi kalau suami Reha tu takde, takpelah abang.. Kita datang lain kali aja. Nanti Ila hantar message kat handphone Kemboja Reha.” Zaim mengangguk dan berlalu pergi bersama isterinya.

Fareha hairan apabila SMS Ila masuk. Aik? Mana suami dia? Kan dah cakap Suhaila nak datang harini? Dia cuba mendail nombor Faris. Tapi baru sekali deringan, panggilannya diputuskan. SMSnya pun tak dibalas. Puas dia menanti, seharian, tapi masih tak berjawab. Fareha menarik nafas perlahan. Tak apalah, esok aku cuba lagi.

Tiga hari berlalu, Fareha masih tak mendengar khabar berita daripada Faris. Hatinya gusar dan teramat risau. Tahulah Fareha, Faris mungkin telah memungkiri amanah dengan membuka kotak ungu itu. Fareha mundar-mandir, serba tidak kena. Apa yang harus dilakukannya? Baru sebulan di sini, hubungan mereka sudah jadi tidak tentu hala begitu. Fareha mengambil keputusan drastik. Segera dia menelefon pihak atasannya memohon lepasan cuti beberapa hari. Dia mesti pulang untuk bersemuka dengan Faris untuk menjelaskan segala-galanya.

***


Keadaan rumah memang langsung tak teratur. Dapur pun seperti sudah lama tak bersentuh. Baju dilonggokkan, tak berbasuh. Fareha memulas tombol biliknya. Kereta suaminya ada di bawah. Fareha masuk ke biliknya dan kelihatan Faris sedang terbaring. Hampir menangis Fareha melihat keadaan suaminya yang kurus. Wajahnya yang kacak itu menjadi cengkung. Rambutnya tak terurus. Ya Allah.. apa yang aku dah buat ni.. Aku tak menjalankan tanggungjawab aku.. Fareha meraup wajahnya.

Sahlah tekaannya. Di tepi katil, berselerak novel-novel dan kad-kad pemberian Shafiq. Faris telah menyelongkar kotak ungu yang menyimpan segala pemberian Shafiq. Segera didekatinya Faris. Air matanya menitik. Dia mengusap-ngusap pipi Faris, lembut.

“Abang.. abang sayang.. Reha datang ni.. Kenapa macam ni..” Fareha tak mampu lagi membendung perasaan hibanya.

Faris menggerakkan kepalanya. Mimpikah aku? Fareha kah itu? “Reha..” gumam Faris.

“Iya.. Reha kat sini, sayang..”

Faris membuka matanya. Fareha! Terkejut dia seperti melihat hantu. Segera ditepis dan ditolak Fareha. Hampir tersungkur Fareha dengan tolakan kasar Faris.

“Reha balik ni, abang…” kata Fareha perlahan.

Faris meradang. Dia menjerit, “Kau nak apa balik? Perempuan sundal! Tak tahu malu! Penipu! Buat apa kau kat sini??”

Fareha membulatkan matanya. Tak pernah lagi seumur hidupnya orang memanggilnya sundal. “Abang! Apa abang cakap ni? Sundal? Siapa sundal?”

Faris terkejut melihat Fareha juga turut meninggikan suaranya. Dia menolak Fareha, menekan kuat ke almari bajunya dan mencekak rambut Fareha, “Engkaulah bodoh!”

Fareha meronta-ronta dan cuba menolak tubuh Faris tetapi kudrat wanitanya tak mampu melawan kudrat lelaki Faris. “Sukahati abang je nak panggil Reha bodoh! Abang ingat Reha ni tak ada maruah diri? Bawak mengucaplah abang!” Fareha menjerit betul-betul di hadapan wajah Faris. Faris merasa tercabar, dia mengangkat tangannya, bersedia mahu menampar Fareha.

“Nak tampar? Hah tamparlah! Tampar!” Fareha mengacah-acah pipinya. Direnung wajah Fareha. Ah, wajah yang terlalu dia rindu. Dalam keadaan amarah begitu sekalipun, rindunya masih menguasai dirinya. Faris akhirnya melepaskan tumbukan ke almari dan berlalu pergi.

Fareha terduduk menangis. Sepanjang perkahwinan mereka, itulah kekasaran Faris yang paling dashyat yang pernah dia lakukan. Faris mungkin selalu meninggikan suaranya, tapi tak sekali pun Faris pernah memaki-hamun, mengeluarkan kata-kata kesat seperti hari itu. Tapi Fareha tahu, itu semua kerana Faris telah menyalah anggap dirinya.

Dua hari berlalu, tetapi Faris tidak pulang ke rumah. Fareha menyelesaikan tugasan membersihkan rumah walaupun hatinya terluka. Fareha risau akan keselamatan Faris tapi dia tak mahu menghubungi mama dan papa atau sesiapa. Bahkan kepulangannya yang mengejut itu pun tak dimaklumkan kepada sesiapa. Fareha hanya menunggu, dia tahu Faris akan pulang ke rumah.

Zaim dan Suhaila tergopoh-gopoh memandu ke rumah Fareha. Terkejut dia apabila mengetahui Fareha berada di Malaysia. Lebih terkejut dia, apabila Fareha mengatakan Faris mengamuk!

“Kita singgah Zohor dulu ya, Ila.” Zaim memberhentikan keretanya di Surau An-Nur, berdekatan dengan taman perumahan Fareha.

“Ila, ni macam kereta kat rumah Fareha haritu kan” Suhaila memandang kereta biru itu.

“Mana Ila nak tau.. Ila bukannya cam kereta-kereta ni.” Kata Suhaila.

Zaim tersengih-sengih. “Abang ingatlah, Ila.. sebab masa kita pergi haritu, kereta ni, abang teringat-ingat. Lepastu bila abang cakap nak beli kereta baru, Ila tak nak cakap dengan abang seminggu!”

“Oh… sebab tu ke?? Eh, iyela kan, entah-entah suami Fareha ada kat sini tak?”

Dan ketika itu, kelibat Faris melintasi mereka. “Faris!” jerit Suhaila. Faris memandang gadis itu. Eh, bukankah gadis itu.. Ah! Gadis itulah yang sepatutnya mengambil kotak ungu durjana itu! Hati Faris membuak. Tapi nasib dia di surau.

Setelah ditenangkan Zaim, akhirnya Faris bersetuju mahu duduk mendengar penjelasan Suhaila.

“Shafiq tu abang saya. Dia kenal Fareha masa berjalan-jalan di negara tempat Fareha belajar. Memang betul… memang betul Abang Shafiq dan Fareha itu ada apa-apa dulu. Mereka memang bercinta. 2 tahun mereka bercinta.” Kata Suhaila.

Perasaan Faris bercampur-baur. 2 tahun! Lebih lama daripada usia perkahwinan mereka.

“Kami sekeluarga semua dah kenal Fareha. Tapi.. takdir Tuhan, Faris.. lagi setahun je Fareha nak habis belajar kat sana.. Abang Shafiq pun dah bagitau ibu untuk masuk meminang Fareha. Tiba-tiba, Abang Shafiq..” Suhaila sudah mula menangis. Zaim menggenggam erat tangan isterinya itu.

“Abang Shafiq pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya. Dia accident motor. Masa tu, Fareha tengah bertarung untuk exam akhir semester. Kami pakat tak nak bagitau dulu. Lepas seminggu Abang Shafiq selamat dikebumikan, barulah kami bagitau Fareha.”

Faris terdiam. Rupanya dia cemburu dan marahnya pada orang yang dah tak ada.

“Faris tahu.. Fareha tak menangis. Dia diam saja. Saya tahu, hati Fareha paling hancur. Hancur, sebab cinta yang dia sulam 2 tahun, menunggu 2 tahun, tak berkesudahan. Tapi dipisahkan maut.” Suhaila mengesat air matanya. “Fareha minta saya ambil balik barang-barang pemberian Abang Shafiq, sebab dia kata, dia dah tak perlu barang-barang tu untuk bertenang. Dia dah ada suami yang membawa ketenangan dalam jiwanya. Saya tahu, macam mana Faris layan Fareha. Syika yang bagitau. Tapi Fareha kata, dia dah belajar untuk ikhlaskan bahagia dia. Sejak pemergian Abang Shafiq, Fareha terpaksa ubat hati dia sendiri. Setahun dia ambil masa. Entah lukanya dah betul-betul sembuh, saya tak tahu. Tapi dia kata, dia tak boleh menangis selalu sebab menangis tak menenangkan jiwanya pun. Jadi, untuk dia, bahagia, bukan diberi oleh sesiapa, tapi datang dari hati dia sendiri. Abang Shafiq pun pernah cakap macam tu pada dia.”

Suhaila menarik nafasnya dan menyapu air matanya yang semakin deras.

“Fareha kata, walaupun Faris dingin dengan dia, tapi dia bahagia, sebab dia dapat bahagiakan Faris, suami dia sendiri. Masa mak dia cadangkan kahwin dengan Faris, Fareha tak menolak untuk kahwin terus. Sebab dia tak nak jadi macam Abang Shafiq. 2 tahun bercinta, tiba-tiba hilang di mata, sakitnya tak terperi. Jadi, Faris, tolonglah.. Fareha ada lukanya sendiri. Cubalah, beri peluang pada dia, untuk bahagia.”

Faris meraup mukanya. Air matanya jatuh juga. Dia terlalu mementingkan diri. Dia hanya berfikir tentang luka masa silamnya saja. Tak pernah dia terfikir, di balik senyuman, keceriaan dan kegagahan Fareha, tersembunyi sejarah yang terlalu melukai. Padahal, dirinya pun baru kehilangan Fareha sedikit sudah bagai nak gila, apatah Fareha yang pernah kehilangan orang yang pernah dia cintai buat selama-lamanya.

“Terima kasih ya Suhaila, Zaim.. Saya kena pergi cari Fareha sekarang jugak.” Faris memohon diri dan memecut keretanya ke rumahnya. Dia tak mahu kehilangan perempuan yang sudah dia terlanjur cinta itu.

“Reha..” panggil Faris ketika dia sampai di pintu rumahnya. “Abang balik ni..” kata Faris, lemah. Dia tak sabar ingin melihat wajah isteri yang dirinduinya itu.

Fareha keluar berserta dengan sampul coklat bersaiz A4. Fareha sudah mengagak Faris pasti pulang ke rumah. Wajahnya kelat. Faris mengeluh. Kelat-kelat pun, wajah isterinya itu sentiasa kelihatan kuat.

“Reha tak nak abang mengamuk lagi. Kita duduk dulu dekat ruang tamu ni. Reha ada benda nak cakap.” Faris mengangguk dan melabuhkan punggungnya ke sofa.

“Emm.. abang dengar ni..” kata Faris. Fareha terhibur mendengar Faris membahasakan dirinya sebagai ‘abang’.

“First, Reha nak minta maaf pada abang. Reha tahu, Reha ni bukan siapa-siapa pada abang.” Faris ingin menafikan kata-kata Fareha tapi diberi amaran oleh Fareha, “Abang dengar dulu apa yang Reha nak cakap, boleh?” Faris mengangguk lemah. Dia mendiamkan diri.

“Reha minta maaf, sebab Reha banyak sangat kurang pada mata abang. Tapi Reha percaya, Reha dah lakukan yang terbaik sebagai isteri. Masa mula-mula Reha terima abang untuk jadi suami Reha, Reha janji pada diri, Reha nak bina keluarga dengan baik. Masa abang lafaz akad nikah, Reha pun lafazkan ikrar untuk belajar cintakan abang. Dan..ya, Reha mengaku, Reha dah cintakan abang..” Hati Faris kembang mendengar pengakuan cinta Fareha. Saat itu, ingin saja dia memeluk isterinya kejap-kejap.

“Tapi, Reha gagal. Abang tak cintakan Reha..” Tak! Salah! Faris memberontak dalam hatinya. “Malah, abang lemparkan kata-kata kesat pada Reha. Reha ada maruah. Dari malam pertama lagi Reha dah kata pada abang, jangan pandang rendah pada Reha. Reha bukan perempuan lemah.” Betul, Reha seorang yang kuat. Kata hati Faris lagi.

“Maafkan Reha. Reha gagal untuk lembutkan hati abang. Abang tak bertimbang rasa. Tak sensitif. Ego. Tak mahu dengar kata orang lain. Reha ada cita-cita. Bukan setakat kerjaya, tapi Reha ada cita-cita lain. Reha nak jadi isteri solehah. Dah lama Reha bercita-cita macam ni. Tapi dengan perangai abang macam tu, Reha tahu, tak mungkin Reha dapat jadi isteri solehah sepenuhnya. Jadi, harini, Reha.. Reha nak selesaikan semuanya. Demi Allah, Reha sebenarnya tak mahu lakukan satu-satunya perkara halal yang paling dibenci Allah ni.”

Fareha menunjuk ke arah sampul coklat di atas meja. “Reha dah kemas baju semua.. Dalam surat tu ada surat cerai. Reha minta abang lepaskan Reha. Reha akan balik rumah mak sementara abang tandatangan surat cerai tu.”

Faris terpana! Ya Allah! Aku tak mahu bercerai dengan Fareha! Aku cintakan dia!

“Reha… jangan macam ni.. Tak ada peluang lagi ke untuk kita berbincang?” Faris tahu akan ketegasan Fareha itu. Tapi dia tak mahu melepaskan Fareha semudah itu.

Fareha bangun dari kerusi dan menggeleng kepalanya. Dia menuju ke arah bagasinya. Tak semena-mena dia merasa pinggangnya dirangkul. Faris memeluk Fareha dari belakang. Pelukan yang amat dirindui. Fareha memejam matanya, ingin menikmati pelukan Faris buat beberapa ketika. Kemudian dia tersedar, dan cuba menolak badan Faris. Tapi pelukan Faris terlalu rapi dan kejap.

“Lepaslah abang! Lepas! Lepaskan Reha!” Fareha meronta-ronta.

“Tak mahu.. Abang tak mahu lepaskan Reha! Dengarlah dulu abang nak cakap apa!” Faris memegang kuat tubuh isterinya itu. Sedikit pun dia tak mahu merenggangi pelukannya. Fareha meronta-ronta agak lama sebelum akhirnya Fareha mengalah dan berhenti meronta. Saat itu, air mata Faris tumpah lagi. Dia mencium kepala Fareha dari belakang. Kemudian ke bahunya, kemudian ke lehernya. Fareha memejam matanya, menikmati kucupan yang dimimpi-mimpinya setiap hari.

“Reha.. Reha.. Abang mohon maaf.. Suhaila dah ceritakan semuanya.. Tentang arwah Shafiq dan Reha. Abang minta maaf, abang curigakan Reha. Abang maki Reha macam tu. I’m the worst.. But please.. Reha.. Sayang… Jangan tinggalkan abang.. Please..” Faris memusingkan badan Fareha agar dapat dilihat wajah isterinya itu. Dia mengelus lembut pipi Fareha. Fareha berpaling. Tak mahu melihat wajah Faris.

“Please.. Look at me, sayang.. Tengoklah muka abang ni.. Reha dah tak sudi tengok muka abang lagi ke?” Suara Faris merayu-rayu. Fareha memejam matanya. Seribu kali dia sudi.. Tapi dia ego!

“Reha.. abang tahu Reha terluka.. Abang dah sayang Reha sangat-sangat. Bila abang dapat tahu pasal arwah Shafiq masa buka kotak tu, abang rasa dikhianati.. Reha.. Tipulah kalau abang kata, abang tak pernah endah pasal rupa abang ni. Abang tahu, macam Reha selalu cakap, abang ada rupa. Tapi sebab rupa abang ni lah, abang pernah dan selalu kena tipu dengan perempuan. Diorang semua permainkan perasaaan abang. Sampai abang tak tahu nak bezakan siapa ikhlas. Sebab tu bila Reha hadir dalam hidup abang, abang tak percaya pada Reha.”

Faris mengucup pipi isterinya. “Reha, pandanglah abang.. Tolong.. Please..”

Fareha memandang wajah Faris. Ah.. Sayunya wajah suami aku ni.. “Habis tu..” suara Fareha tersekat-sekat. “Abang ingat abang sorang je suffer dengan rupa abang tu? Abang ingat tak masa kita first time pegi pantai dulu? Abang ingat Reha tak terseksa ke keluar jalan dengan abang? Semua orang pandang Reha, macam Reha ni ada buat ilmu hitam dapat suami macam abang.”

Faris terkejut mendengar kata-kata Fareha. Tak pernah dia terfikir sebegitu. “Tapi ada ke Reha marah-marah, lampiaskan perasaan Reha tu pada abang?”

Faris menyembamkan wajahnya ke bahu Fareha. “I know.. I’m the worst.. I’m sorry…”

Fareha menyambung lagi, “Umur dah nak 30 tahun. Umur Reha baru 25 tahun.. Tapi siapa yang berfikiran macam budak kecik sekarang ni?”

Faris menggumam, “Abang.. Abang yang macam budak kecik.. Abang teruk.. Marahlah abang..”

“Nak marahlah ni!” kata Fareha. Faris mengangkat mukanya, memandang wajah Fareha.

“Marahlah abang.. Tapi.. Please, jangan minta abang lepaskan Reha.. Tak mahu.. Abang tak mahu lepaskan Reha..” Faris merayu pada isterinya. Saat itu, dia sudah langsung tak kisah pada egonya. Yang dia tahu, dia lebih tak mahu kehilangan Fareha.

Fareha tersenyum kecil. “Abang…” Fareha memanggilnya lembut. Tangannya mengusap wajah suaminya penuh kasih. Ah, dia tak betah berlama-lama menyeksa hati suaminya dan hatinya sendiri. Faris hanya diam, membiarkan jari-jari halus isterinya mengusap wajahnya. Tiba-tiba, Fareha mengucup pipinya, perlahan.



“Reha pun.. Reha tak nak abang lepaskan Reha..” Faris senyum lega mendengar kata-kata isterinya. Mudahnya hati isterinya sejuk. “Reha nak dengar.. abang panggil Reha sayang macam tadi.. Boleh?”

Faris mengucup lembut ubun-ubun isterinya. Direnung dalam sepasang mata Fareha, “Reha sayang..”

Fareha memejam matanya. Ah! Nikmatnya mendengar suaminya memanggilnya begitu. “Lagi..” mohon Fareha sekali lagi.

“Reha sayang..” Jari lelakinya mengelus-ngelus wajah isteri tercintanya itu. “Reha sayang.. Abang cintakan Reha.. Abang sayangkan Reha.. Sangat-sangat.. Abang tak mahu lepaskan Reha.. Reha mesti di sisi abang selalu.” Fareha membenamkan wajahnya ke dada Faris dan mengucupnya.

Faris memeluk isterinya dengan lebih kejap. Seperti benar-benar tak mahu melepaskannya. Bahagianya hatinya. Berdamai begini. Ya Allah, terima kasih!

“Abang..” panggil Fareha di dalam dakapan Faris.

“Iya sayang..?”

“Sebenarnya Suhaila dah cerita kat Reha sebelum abang sampai tadi.. Sampul coklat tu kosong je.. Mana sempat nak ambil surat cerai.. Hihi..” Fareha gelak kecil. Mata Faris terbuka luas! Aduh, tengah sedap melayan perasaan ni! Dicubit pipi gebu Fareha.

“Nakal ni isteri abang ni! Nak kena ni!” Terus tubuh Fareha diangkat dan dihempas ke katil. Faris memerangkap isterinya dengan dua belah tangannya. Dia merenung isterinya. Merenung matanya dalam-dalam. Lantas, bibirnya mengucup bibir kecil milik isterinya. Fareha tersenyum manis dan mengusap wajah suaminya.

“Abang..” panggil Fareha manja.

“Hah, apa lagi kali ni?” kata Faris. Fareha ketawa mengekeh.

“Baik-baik tau.. Dalam perut Reha ni.. Ada Faris Junior!” Faris membulatkan matanya! Ada saja kejutan dari isterinya itu! Alhamdulillah.. Bisik hati Faris. Alhamdulillah..


Dreams:

# trail to Mecca
# Instanbul
# Study to Melbourne
# Brace-Gigi besi purple
# Straight's A
# Big House